Salam Lebaran Syawal..
Kak KT ingin berkongsi pengalaman hampir 20 Tahun Kak KT dalam perniagaan kuih tradisional melayu. Bermulanya dari kesempitan hidup Kak KT cuba membantu suami Kak KT dengan berniaga kecil-kecilan. Asalnya Kak KT tidaklah begitu mahir dalam pembuatan kuih melayu ini, tapi dengan minat dan sokongan dari kawan-kawan sedikit demi sedikti Kak KT cuba memperbaiki resepi agar rasa keaslian kuih melayu ini tetap dikekalkan.
Alhamdullilah hampir 20 tahun Kak Kt dalam perniagaan ini banyak suka dan duka Kak KT tempuhi. Dari berniaga kecil-kecilan di tepi jalan hingga mendapat tempahan tetap dari Hotel Sharriton Labuan selama 3 tahun. Sehinggakan tertidur dengan ribuan kuih tempahan. Sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari, Kak KT terpaksa meninggalkan Hotel Sharriton Labuan mengikut suami Kak KT bertukar ke Kedah. Kini Kak KT rindukan kembali saat-saat dihujani tempahan kuih melayu ini.
Telah menjadi rutin setiap tahun Kak KT tidak ketinggalan menjadi peserta Bazzar Ramadhan. Hanya mempertaruhkan pelbagai jenis kuih mueh melayu gerai Kak KT menjadi sasaran peminat dan pengemar kuih melayu sebagai juadah berbuka puasa. Secara peribadinya Kak KT harapkan kuih melayu ini menjadi juadah yang berkekalan kepada generasi akan datang. sekian
Pelbagai Jenis Kuih Melayu |
Ada yang nak habis dah |
Bazzar Ramadhan Tahun ini |
Pelanggan yang sama ja |
Sebut je kuih apa. Semua ada |
Antara pengemar kuih melayu |
No comments:
Post a Comment